Thursday 27 October 2011

dugaan menjelma..

ketika diri ini mengenal erti kepayahan, 
mencurah peluh mencicir didahi,
hati mula dilanda angin bayu,
walau kala matahari di atas umbun kepala,
kenapa hatiku bagai di nota kan, 
hati ku bukan untuk dijadikan catatan,
perlukah aku menerangkan semuanya,
perlukah aku membuka kamus untuk menyingkap helaian mencari maksud,
wahai sekalian...fahami lah diriku...
aku bukan mahukan diriku dipuja seumpama diari,
aku mahu hatiku berasa kemas dalam jiwa,
memberi sebongkah kata-kata yang menjiwai diriku,
aku mahu sedikit ruang yang bukan sebesar dunia ini,
tapi aku ingin sezarah kefahaman untuk aku ungkapkan pengertian diriku ini....




No comments:

Post a Comment