Saturday, 25 February 2012

blog ku sayang...

as salam semua....
lame rasenya tak menjenguk blog nie..xde entri terkini pun mampu ku coret bagi tatapan di list entri dan kawan2 ku...

tuntutan masa yang singkat serta keadaan yang tak menentu untuk masa bersama blog ni amat aku sesali...huhuhu..xpe2 kengkawan yang pasti aku tetepa akan terus bersama blog ku sayang nie...

al-kisah aku pada kali nie pabila ati kita terasa dengan sikap orang sekeliling kita...

kenapa aku pilih isu ini untuk pembuka entri aku bagi bulan februari tahun nie adalah kerana aku sedang lalui situasi ni yang juga mungkin de gak orang2 diluar sane pun tengah laluinye...boleh dikatakan setiap mase kita akan rase situasi nie cuma dari segi kekerapan je agak berlainan antara satu same len...

bukan simpati yang dilampirkan dengan tinta aku nie cume sebagai pengganti kepada tempat aku luahkan dan juga ingin aku kongsi bersama dengan mereka2 yang ingin tahu. sememangnya ketabahan dan kekuatan yang tinggi untuk mengharungi keadaan ni. jiwa yang kacau penyebab utama kita mudah terasa walau pun ia tiada kena mengena dengan kita. situasi ini menyebabkan kita akan berfikir adakah kita yang dimaksudkan ataw kita dibenci..

Jadi utk hari yg lebih baik kita perlu jd positif bahkan fikiran kita pn mmg perlu di set kan positif, berprasangka la baik walaupun ia belum tentu memberi bahagia yg jelas taping yakin kn diri ini semua adalah ujian dari Allah swt kepada kita yg terpilih.

"sesungguhnya Allah memberi ujian kepada kita berdasarkan pada kemarahan kita ", jgn kita persoalkan tentang ujian dan dugaan kerana Allah swt lebih tahu tntg hidup dan mati kita..

Saturday, 5 November 2011

selamat hari raya AIDILADHA...perubahan bermakna...

bile raya haji kembali teringat pada raya puasa, bila raye puasa pulak ingat pada raya haji..wawawawa....
syahdu dengar tadbir...mcm nk hari2 beraya..kihkih....

raya haji ini mengingat kan kisah pada NABI IBRAHIM a.s tentang pengerbanan baginda sekeluarga..
dlu masa aku kecik2 bila raye haji mesti aku join tengok orang2 masjid sembelih lembu untuk qurban..nie geng aku  dulu2 bile time qurban..dulu aku ayu dia rockers je tp skung kitaorg dh brtukar die ayu aku lak rockers..kihkih...dia dh b2nang pn..aku je msih solo g..wawawawa...sedih2..

xpe2...kembali pada cite yang awal 2..dlu time tengok lembu kena sembelih aku ckap kesian kat lembu 2..kawan aku yang nie lah(cop..cop...nama nye iqa..) cakap xbaik cakap g2 sb t aku xleh makan daging nye...hehe...bila dah besar skung nie aku dah pk len dah bila tengok lembu kena sembelih aku leh lak cakap ngn slamber..dapat daging qurban sedap nie wat rendang..tulang nye sedap wat sup..sb daging ngn tulang fresh lagi 2....
teruk kan..tapi rezki daging qurban kan daging penuh berkat. semperna mengingati pengorbanan NABI IBRAHIM a.s , jadi untuk itu masakan yg sempurna adalah masakan berkhasiat seperrrrr.....ti....
sup tulang lah...heheheheheehhhehehhehhe.....wawawawaw....lapar lak dh ni...hhehehe..
wokeyh...wokeyhhh....dah ckup ketawa nk bagai mcm pape je...


Friday, 4 November 2011

kembali bertemu...


"setelah banjir mulai surut, si kekasih kini bertemu kembali kekasihnya walaupun diselatan Thailand .."

Wednesday, 2 November 2011

bomb dalam hati..


npe terperanjat???
bkn bom btul2 lah...just dlm ati aku je..
tapi pe kena mengenakn dengan gaun pengantin nie...
ok just nk xplain gaun nie cantik dmata & dhati aku..cntik sangat..
rase nak pakai baju nie time wedding aku..
heehee...bile lah 2 kn??
tunggu.....

Tuesday, 1 November 2011

rahsia lelaki mengikut 4 unsur


(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan

(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh 
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas 
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas 



TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.


(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.


AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik. 


(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.


API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan. 


(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.


ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura. 


(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana. 


** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Monday, 31 October 2011

botok-botok warisan

korang penah dengar x sejenis makanan nie..namanye botok-botok...makanan nie begitu warisan skali pada aku dan aku sukakan nyer begitu skali...
tapi yg paling best punyer botok-botok ialah buatan mak aku..
why??
sebab mak aku wat len dari yg len dengan orang len wat..
botok-botok nie sebenarnya memang bagus untuk kesihatan gak.sebab ia merupakan makanan yang mengandungi daun-daun herba seperti pucuk kaduk, pucuk bebuas, pucuk betik, pucuk ubi dan macam pucuk dari daun-daun kesihatan lah..
aku sure sape yang lom penah rase t dah rase sure nk lagi..
g pun botok-botok nie best klu ltak ikan tenggiri ataw kembung je..
xsusahkan..xperlu bli ikan mahal2 mcm ikan merah ke ikan talapia ke,,
hehe.
pe lagi...jom lah rase..
bessssssssssssssttttttttttttttttttttttttttt tawwwwwww...........

botok-botok

Sunday, 30 October 2011

kanopi untuk disewa













Anda ingin melangsungkan perkahwinan?? Majlis kesyukuran, pertunangan ataw sebagainya menjelang cuti persekolahan nanti? Anda pening memikirkan tentang khemah/kanopi yang ingin disewa? Tidak perlu risau lagi kerana kami CRK HAZ Enterprise ada menyediakan khidmat sewaan kanopi disekitar Kota Tinggi serta Johor Bahru. Kami menawarkan khidmat sewaan kanopi dengan harga yang berpatutan serta mampu ditanggung dalam bajet untuk majlis anda. Kami juga menawarkan dalam pelbagai pakej bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti anda diluar sana. Segala maklumat serta harga yang ingin dibincangkan anda boleh menghubungi kami di talian:

(HP)          013-7038241 Encik Hamdan
                  019-7245181 Puan Hazlailah

Kami menyelesaikan masalah kanopi anda di musin cuti sekolah nanti!!
Jangan tunggu lagi, cepat hubungi kami sebelum terlambat...